Tahun 2021 ialah permulaan yang baharu untuk semua. Namun, tiada siapa yang menyangka di awal tahun ini rumah yang telah didiami bertahun-tahun menjadi ranap sekelip mata akibat bah besar.

Nur Fazlina binti Rajani (Alynn) 26, antara salah seorang mangsa yang terkesan akibat bencana banjir besar di Sarawak. Beliau yang merupakan salah seorang penduduk di Kampung Bintawa telah berkongsi nasib beliau sekeluarga yang kehilangan tempat berteduh dan kediaman yang menjadi mata pencarian mereka sekeluarga sejak berpuluh tahun.

banjir besar di sarawak
Kredit: Fazlina Rajani

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Animasi Murid Tahun 5 Dari Serian Di Festival Filem Brazil

Bumi Kenyalang dibasahi hujan lebat sejak Rabu lepas yang mengakibatkan kebanyakan kawasan rendah dilanda bah besar dan telah menyebabkan kos kerugian yang mencecah puluhan ribuan ringgit.

rumah roboh akibat banjir besar di sarawak
Kredit: Fazlina Rajani

Menurut perkongsian Alynn,

“Hampir 70% kerosakan rumah yang berlaku di mana ia melibatkan 3 buah bilik tidur, ruang tamu dan ruangan dapur khas untuk pembuatan kuih,” ketika ditemubual oleh team SukaSuka menerusi aplikasi WhatsApp.

rumah roboh akibat banjir besar di sarawak
Kredit: Fazlina Rajani

Banjir besar kali ini telah mengakibatkan kerugian besar yang terpaksa ditanggung oleh Alynn sekeluarga. Menurut beliau, situasi sebegini merupakan yang pertama kali sepanjang keluarga beliau menetap disitu.

Alynn sekeluarga kini hilang tempat berteduh melihatkan kerosakkan rumah yang disebabkan oleh bah besar minggu lepas. Kini, beliau dan keluarga menetap dan menumpang kasih di rumah saudara terdekat buat sementara waktu sebagai tempat berlindung.

Team SukaSuka mengajak para pembaca yang dermawan dan kepada mana-mana pihak yang sudi untuk membantu dan menghulurkan bantuan anda, boleh disalurkan menerusi maklumat dibawah:

akaun bank islam mangsa banjir
Kredit: Fazlina Rajani

Bagi mereka yang ingin menyampaikan sumbangan secara terus kepada Alynn sekeluarga anda boleh menyalurkan terus ke alamat 388A Kampung Bintawa Tengah Lorong 3, Petrajaya 93050 Kuching, Sarawak.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here