Kini anda boleh mendaftar sebagai penerima  suntikan vaksin COVID-19 hanya di hujung jari sahaja iaitu menerusi aplikasi MySejahtera.

Ketibaan vaksin Pfizer-BioNTech pada hari Ahad yang lalu iaitu 21 Februari, membolehkan pelaksanaan program imunisasi COVID-19 dijalankan di Malaysia. Imunisasi COVID-19 berperanan merangsang sistem imun individu supaya sekiranya anda terdedah kepada koronavirus SARS-CoV-2 , badan boleh bertindak balas terhadap jangkitan koronavirus.

Kini anda boleh mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 dengan hanya menerusi aplikasi MySejahtera.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ketibaan vaksin Pfizer-BioNTech pada Ahad yang lalu telah memberi sinar harapan bagi usaha menentang koronavirus di Malaysia.

satu sinar harapan menamatkan penularan jangkitan covid-19

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Fenomena Animasi Adik Cilik Dari Serian Kini Kembali Dengan Video Muzik Terbaru

Menurut Buku Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 terdapat 3 fasa pemberian vaksin kepada setiap penerima dan mereka hendaklah berumur 18 tahun ke atas.

Berikut ialah jadual kumpulan sasaran bagi pemberian vaksin:

keratan Buku Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 mengenai fasa-fasa pemberian vaksin kepada rakyat malaysia
Sumber: Buku Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19

Bagi anda yang ingin mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19, anda boleh mengikuti langkah-langkah yang berikut:

1. Kemaskini Aplikasi MySejahtera

Anda hendaklah mengemaskini aplikasi MySejahtera yang terdapat di Google Playstore atau Apple Appstore pada versi 1.0.28.

cara-cara mendaftar sebagai penerima vaksin covid-19 melalui MySejahtera
sumber: Aplikasi Mysejahtera

2. Klik ikon COVID-19 Vaccination

Anda hanya perlu klik pada ikon COVID-19 Vaccination seperti di bawah:

cara-cara mendaftar sebagai penerima vaksin covid-19 melalui MySejahtera
Sumber: Aplikasi MySejahtera

3. Klik pada Vaccine for (Nama Anda)

cara-cara mendaftar sebagai penerima vaksin covid-19 melalui MySejahtera
Sumber: Aplikasi Mysejahtera

Seterusnya sahkan butiran peribadi anda dengan tekan butang Confirm :

cara-cara mendaftar sebagai penerima vaksin covid-19 melalui MySejahtera
Sumber: Aplikasi Mysejahtera

Apabila anda telah berjaya mengesahkan butiran peribadi anda, seterusnya tekan Next.

cara-cara mendaftar sebagai penerima vaksin covid-19 melalui MySejahtera
Sumber: Aplikasi Mysejahtera

4. Isikan maklumat tambahan

Anda akan membaca notis: ‘Bagi fasa 1 program imunisasi dijalankan kepada pekerja barisan hadapan. Anda akan dimaklumkan apabila fasa seterunya mulai dijalankan.’

Anda perlu mengisi maklumat tambahan bagi pendaftaran ini dengan tekan Click Here. 

cara-cara mendaftar sebagai penerima vaksin covid-19 melalui MySejahtera
Sumber: Aplikasi Mysejahtera

Anda hanya perlu menjawab beberapa soalan ringkas seperti yang dinyatakan di bawah:

cara-cara mendaftar sebagai penerima vaksin covid-19 melalui MySejahtera
Sumber: Aplikasi Mysejahtera

Setelah anda selesai menjawab soalan-soalan yang berikut anda hanya perlu hantarkan pendaftaran anda dengan menekan butang Submit.

Senangnya nak daftar sebagai penerima vaksin, kan? Semoga dengan pelaksanaan Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 ini mampu mencegah semua daripada koronavirus.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here