Muzik R&B agak kurang mendapat perhatian di Sarawak. Namun ia bukan alasan menghalang Soundholic untuk membawa imej tersebut dalam industri seni di negeri ini.

Soundholic merupakan kumpulan muzik terbaru yang berasal dari Sarawak. Mereka terdiri daripada 3 orang ahli kumpulan iaitu Jayc Ho 29, Ariff Dawi 28 dan Ameer Dawi 26. Latar belakang budaya yang berbeza tidak menghalang mereka untuk mengejar cita-cita sebagai penyanyi R&B di Sarawak.

Bermula dari minat yang sama dalam tarian, kumpulan ini awalnya dikenali sebagai Stepholic. Sejak tahun 2016 mereka sering melibatkan diri dalam persembahan tarian di mana-mana acara sebelum ini.

soundholic kumpulan muzik R&B terbaru berasal dari sarawak
kredit: Jayc Ho

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Kini Anda Boleh Menikmati Bas Elektrik Percuma Yang Beroperasi Penuh Di Sarawak.

Mari tonton persembahan tarian daripada Stepholic:

Dari minat dalam bidang tarian kini menjadi penyanyi

Menurut temubual Team SukaSuka bersama dengan JayC Ho yang merupakan salah seorang ahli Soundholic berkata,

“Pada mulanya kami hanya menyanyi sekadar untuk hiburan bagi mengisi masa lapang dengan menyanyi ‘cover’ lagu di mana-mana ‘event’. Namun lama-kelamaan kami merasakan terdapat potensi daripada bakat yang kami ada (menari & menyanyi) dengan berkecimpung lebih serius dalam bidang seni ini.”

“Maka, dari situ tercetusnya idea penubuhan Soundholic dan namanya pula diambil daripada nama asal Stepholic,” Katanya lagi.

soundholic kumpulan muzik R&B terbaru berasal dari sarawak
kredit: Jayc Ho

R&B menjadi genre pilihan Soundholic

Meskipun Soundholic sebelum ini aktif dalam bidang tarian seperti ‘breakdance’ namun untuk pemilihan genre muzik mereka lebih memilih yang santai seperti R&B sebagai imej kumpulan tersebut. Ini kerana menurut Jayc Ho tujuan mereka memilih muzik tersebut adalah untuk mengembalikan semula era kegemilangan muzik R&B di Malaysia, contohnya seperti kumpulan VE, Ruffedge dan lain-lain lagi.

Selain itu juga, disebabkan kekurangan penggiat seni dari Sarawak yang membawakan imej R&B di negeri ini. Secara tidak langsung ia telah mendorong mereka ingin menjadi kumpulan muzik yang pertama membawakan imej tersebut.

Anda boleh mendengar single terbaru dari Soundholic yang berjudul Satu di sini:

Elemen muzik Borneo sumber keunikan lagu Satu

Apabila didengarkan sehingga habis terdapat alunan muzik sape diselitkan bersama dalam susunan muzik bagi lagu Satu. Apabila ditanya tentangnya, Jayc Ho menjawab

“Penggunaan instrumen muzik sape dalam lagu Satu adalah bertujuan untuk menonjolkan identiti Borneo dalam lagu ini. Selain itu, ia turut membuktikan bahawa instrumen etnik jika digabungkan dengan elemen muzik moden mampu menghasilkan karya muzik yang unik dan boleh diterima umum”

“Pada perancangan masa akan datang kami usahakan untuk sentiasa memasukan elemen muzik etnik di Borneo pada setiap karya yang dihasilkan oleh Soundholic. Oleh kerana setiap ahli kumpulan kami berdarah kacukan iaitu Bidayuh – Melayu dan Cina – Filipina ia merupakan suatu nilai tambah bagi kumpulan kami untuk mengolah lagu R&B dengan menggunakan dialek tempatan dari Sarawak pada masa akan datang.”

soundholic kumpulan muzik R&B terbaru berasal dari sarawak
sumber: laman Facebook rasmi Soundholic

Bagi anda yang ingin mengetahui perkembangan terkini Soundholic, anda boleh lawati laman Facebook rasmi Soundholic dan Instagram Soundholic_official.

Wow! Meskipun Soundholic masih baru dalam industri ini namun mereka begitu matang mengatur perancangan sebagai usaha mengembalikan semula irama R&B dalam industri ini. Admin doakan semoga terus maju jaya pada masa akan datang kepada Soundholic.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here