Pemilihan warna, ilusi cermin, pencahayaan serta pengunaan langsir mampu menentukan mood di sesuatu ruangan. Pelajari tips berikut untuk ubah suai ruangan sedia ada anda.

Hiasan dalaman mampu mempengaruhi mood penghuni dan bagi yang gemar akan konsep kontemporari, pasti anda inginkan gaya minimalis. Saban tahun, ramai di antara kita gemar membeli hiasan dalaman namun tidar sedar bahawa kadang-kadang less it more. Berazam untuk declutter ruangan anda? Ketahui tips berguna ini.

1. Pemilihan warna yang betul

Pemilihan warna yang betul adalah amat penting di samping pemilihan perabot yang sesuai. Gabungan warna boleh memberi efek agar ruangan rumah tampak lebih luas. Untuk ruangan yang kecil, adalah digalakkan untuk memilih warna yang lembut dan cerah seperti kelabu muda mahupun biru muda. Namun, jika ruang anda sedia ada luas dan ingin bereksperimen dalam hiasan dalaman, warna galak mampu mewujudkan mood yang lebih ceria.

Pemilihan warna biru boleh memberi ilusi ruangan nampak luas
Sumber: Laman Instagram @condenastproperty

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Tampil Dengan Format Tersendiri, TVSTARZ Temui Penonton 16 Mac Ini!

2.  Pengunaan cermin

Pengunaan cermin menjadikan sesuatu ruang itu tampak lebih luas. Pelbagai pilihan cermin dengan harga berpatutan boleh didapati di pasaran. Cermin berskala besar boleh diletakkan di ruang tamu dan ruang makan kerana ia boleh mewujudkan ilusi ‘ruangan tambahan’. Jika anda ingin tampak lebih mewah, LED track light boleh dipasang sekali gus mencahayai ruang yang kecil dengan bantuan cermin.

Pengunaan cermin boleh memberi ilusi ruangan yang luas
Sumber: Laman Instagram @thedecorinspiration

3. Pengunaan cahaya lampu atau cahaya semula jadi

Cahaya memainkan peranan yang amat penting kerana sesuatu ruangan boleh mempunyai aura tersendiri apabila mempunyai pencahayaan yang betul dan menarik. Adalah digalakkan untuk mempunyai pelbagai lapisan pencahayaan bermula daripada bulb utama di ceiling, chandelier sehinggalah table lamp untuk memberi impak maksimum dalam hiasan dalaman.

Pengunaan table lamp boleh memberi rasa cozy dan mewah
Sumber: Laman Instagram @glucksteinhome

4. Gantung langsir pada aras yang betul

Langsir yang digantung tinggi boleh membuatkan ruangan nampak lebih luas. Langsir haruslah digantung dari aras tingkap yang paling tinggi sehingga mencecah permukaan lantai. Ya, sememangnya ia akan memakan kos yang lebih besar, namun pelaburan ini amatlah berbaloi. Ruangan kecil boleh nampak luas di samping mampu memberi ilusi bahawa sesuatu ruang itu adalah tinggi. Ini sekali gus, akan memberi suasana ekslusif serta menyerlahkan cita rasa sofistikated.

Langsir yang panjang dan tinggi boleh memberi ilusi ruangan luas
Sumber: Laman Instagram @sophiepatersoninteriors

Berminat untuk cuba tips di atas? Jom mula hari ini!

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here