Buat pertama kalinya, penonton akan disajikan dengan program pencarian bakat yang diadakan secara virtual.

Meskipun keadaan pandemik COVID-19 semasa tidak menentu, ia tidak menghalang TVS untuk menyajikan program-program menarik buat tatapan penonton setia mereka. Justeru, stesen TV yang berpangkalan di Sarawak ini mengambil pendekatan kreatif dengan menganjurkan program realiti TV pertama mereka, TVSTARZ 100% secara virtual, yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Program realiti TVS pencarian bakat TVSTARZ
Kredit: Laman Facebook Rasmi TVS

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Bawa Imej R&B Tindakan Berani Kumpulan Muzik Baru Soundholic Asal Sarawak

Barisan tenaga pengajar dan juri

Tenaga pengajar TVSTARZ terdiri daripada Dewi Liana Seriestha (Miss World Malaysia 2014) selaku guru vokal. Manakala Farouq Mousthofa, penerbit muzik TVS pula  bertanggungjawab menggubah lagu bagi program tersebut.

Program TVSTARZ dihakimi oleh 3 panel juri yang berpengalaman, iaitu guru vokal, Yudhi Seriestha serta penyanyi terkenal tanah air, Ernie Zakri dan Amir Jahari sebagai juri tetap untuk program tersebut sepanjang 10 episod.

barisan juri dan tenaga pengajar bagi rancangan realiti pencarian bakat TVSTARZ
kredit: laman web Kajomag

Bagaimana format TVSTARZ?

Menurut kenyataan media TVS, TVSTARZ merupakan sebuah idea baru dan terbitan asal stesen tv tersebut, sejajar dengan slogannya iaitu ‘Fresh and Inspiring’. Semestinya format yang digunakan begitu unik, berbeza daripada program pencarian bakat sedia ada, di antaranya;

  1. Dihasilkan secara virtual dan disiarkan di kaca televisyen.
  2. 6 peserta dipilih sebagai The Dream Team, mempertandingkan bakat nyanyian masing-masing.
  3. Pencabar rahsia akan muncul pada episod terpilih untuk merampas kedudukan sebagai ahli The Dream Team.
  4. Sejurus selesai persembahan, peserta akan dinilai secara langsung dan menerima komen daripada panel juri.
  5. Peserta akan berentap sesama ahli The Dream Team untuk meraih gelaran juara TVSTARZ musim pertama.
barisan juri dan tenaga pengajar bagi rancangan realiti pencarian bakat TVSTARZ
Kredit: Laman Web Rasmi TVSTARZ

Fenomena baru bakal tercetus!

Memetik kenyataan media TVS, Ketua Pegawai Eksekutif-nya, Suhaimi Sulaiman berkata,

“Program realiti TVSTARZ terbitan TVS ini akan menjadi satu fenomena baru dalam industri hiburan tanah air. Kami percaya dengan adanya platform sebegini, ia bakal melonjakkan bakat peserta ke tahap yang lebih tinggi, sekali gus memanfaatkan industri kreatif tempatan terutamanya di Sarawak.”

Selain itu juga, kewujudan program ini turut membuka ruang bagi mereka yang berminat untuk menceburi industri hiburan. Turut bersependapat, Nurbaizura Abu Mansor selaku penerbit TVSTARZ berkata semasa sidang media pada 26 Februari lalu,

“Rancangan realiti pertama terbitan TVS ini bakal menjadi penanda aras bagi arena seni tempatan khususnya kepada para peserta dalam perjalanan untuk menjadi seorang bintang.”

pengacara tvstarz Jayc Ho, Penerbit tvstarz, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group Suhaimi Sulaiman, Yudhi Sriestha dan Farouk Musthofa
Kredit: Laman Web Ukas

TVSTARZ bakal bersiaran setiap hari Selasa, 8.30 malam di TVS mulai 16 Mac 2021, di saluran 122 Astro dan myFreeview. 

TVSTARZ dah mula minggu depan. Jom tonton sama-sama!

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here