Kira-kira 9,000 anak muda dijangka bakal terima manfaat melalui insentif bayaran balik pinjaman PTPTN yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak baru-baru ini.

Rata-rata semua sedia maklum bahawa Kerajaan Negeri Sarawak telah bermurah hati memperuntukkan dana sebanyak RM30 juta bagi Insentif Bayaran Balik Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Anak Sarawak.

Inisiatif yang dilaksanakan oleh Yayasan Sarawak ini bertujuan untuk meringankan beban anak muda terutamanya untuk golongan yang terkesan sumber pendapatan mereka akibat pandemik Covid-19. Anak-anak negeri yang terpilih justeru akan menikmati diskaun 30% daripada baki pinjaman semasa PTPTN mereka.

Ketua menteri negeri Sarawak memberi insentif bayaran balik PTPTN 30% sebanyak tiga puluh juta
Sumber: Laman Web Astro Awani

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Ruang Nampak Sempit? Anda Boleh Cuba Tips Ini!

Berikut merupakan perkara yang anda perlu tahu tentang insentif tersebut:

1. Syarat kelayakan peminjam

Peminjam yang layak adalah seperti berikut:

  1. Anak Sarawak (Sarawakian): Ibu ATAU bapa ATAU kedua-duanya merupakan anak kelahiran Sarawak;
  2. Telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 30% daripada baki hutang pinjaman; dan
  3. Telah menamatkan pengajian dengan jayanya (tidak termasuk gagal/ berhenti pengajian).

2. Diskaun 30% adalah berdasarkan jumlah baki bayaran balik semasa

Kelayakan pengurangan sebanyak 30% ditentukan daripada jumlah baki bayaran balik yang telah dijelaskan oleh peminjam. Selain itu, peminjam juga hendaklah menjelaskan sekurang-kurangnya 30% daripada hutang PTPTN.

3. Tidak perlu kemukakan sebarang permohonan

Peminjam tidak perlu mengemukakan sebarang pemohonan untuk mendapatkan insentif tersebut. Pihak PTPTN akan mengemukakan senarai peminjam yang layak kepada Kerajaan Negeri.

4.Insentif secara berterusan

Insentif ini akan dilaksanakan secara berterusan sehingga dimaklumkan pemberhentiannya oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Sungguh beruntung rakyat Sarawak dapat kerajaan negeri yang sangat prihatin.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here