Pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 35 (AJL 35), Ernie Zakri bakal menghakimi peserta reality show terbitan pertama TVS.

Pasti ramai yang telah menyaksikan malam kemuncak Anugerah Juara Lagu yang ke-35 kelmarin (Ahad, 14 Mac). Anugerah berprestij ini saban tahun menampilkan lagu-lagu terbaik sepanjang tahun yang dinilai oleh barisan juri profesional untuk dinobatkan sebagai juara.

ernie zakri menang ajl35 sebagai vokal terbaik
sumber: Laman Web Rasmi TV3 Malaysia

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Tampil Dengan Format Tersendiri, TVSTARZ Temui Penonton 16 Mac Ini!

Penyanyi terkenal tanah air, Ernie Zakri yang menyampaikan lagu Gundah telah menerima anugerah Vokal Terbaik pada AJL kali ini. Beliau telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000 beserta trofi.

Kemenangan ini membuktikan kredibiliti Ernie sebagai seorang anak seni, sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada penyanyi cilik bersuara besar ini selaku juri tetap TVSTARZ, sebaris dengan Amir Jahari dan Yudhi Seriestha.

ernie zakri bersama panel juri dan tenaga pengajar TVSTARZ
Kredit: Laman Web Rasmi TVS

Episod perdana TVSTARZ akan ditayangkan pada 16 Mac 2021. Anda boleh menonton program ini pada setiap Selasa, 8.30 malam di TVS, saluran 122 Astro dan myFreeview.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here