Beauty is pain bak kata orang, tapi berbaloikah korban kesihatan demi kecantikan?

Pengunaan produk kosmetik kini menjadi suatu kebiasaan. Malah, ia telah menjadi rutin harian, termasuklah untuk golongan lelaki metrosekual yang mengutamakan penampilan. 

Namun, kos untuk memiliki produk kosmetik boleh mencecah ratusan ringgit hinggakan ada yang sanggup menggantikannya dengan kosmetik tiruan yang jauh lebih murah, tetapi membahayakan kesihatan.

Bulan lalu, tular ciapan Twitter seorang gadis mengenai rakannya yang mengalami alahan pada bibir, kesan buruk akibat penggunaan lipstik yang dikhuatiri jenama tiruan. 

Baca lagi artikel menarik mengenai >>>Ruang Nampak Sempit? Anda Boleh Cuba Tips Ini! 

Produk kosmetik buatan China itu sering dijual oleh peniaga online dengan harga serendah RM3 sebatang, menjadikannya trending gara-gara harganya yang murah. Tidak lama kemudian, tampil sebilangan individu yang turut berkongsi review mereka, hinggakan ada yang mengaku terpaksa menerima rawatan hospital akibat penggunaan lipstik tersebut.

Yang paling mengejutkan adalah produk tersebut bukanlah satu-satunya jenama yang pernah menyebabkan hal ini berlaku. Jadilah si cantik yang celik. Elakkan membeli produk kosmetik yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Semak dahulu sebelum membeli!

1. Merkuri

Merkuri merupakan bahan kimia yang semua sedia maklum akan mendatangkan kesan buruk kepada si pemakai. Selain daripada menyebabkan parut, ruam dan melemahkan imunisasi kulit untuk melawan jangkitan kulat, merkuri juga berpotensi menyebabkan kerosakan pada buah pinggang jika digunakan dalam jangka masa yang panjang.

Assorted-cololr Lipsticks
Sumber: Pexel

2. Plumbum atau lead

Tahukah anda yang plumbum merupakan sejenis logam yang digunakan secara mass production dalam penghasilan produk kecantikan, dengan tujuan agar produk kekal lama dengan melambatkan proses oksidasiBahan kimia berbahaya ini boleh menyebabkan kanser dan juga keracunan plumbum. Jika produk anda mempunyai label ‘stay longer’, kemungkinan besar kandungan plumbum di dalamnya adalah tinggi.

Kesan Keracunan Plumbum ke atas Kanak-kanak – Persatuan Pengguna Penang
Sumber: Consumer Association Penang

3. Paraben

Paraben digunakan dalam produk kecantikan sebagai  bahan pengawet agar kualiti produk terjaga. Namun, paraben ini adalah silent killer oleh kerana ianya boleh meningkatkan kadar estrogen dalam darah. Jika kandungan estrogen dalam darah melepasi paras normal, ia boleh mengakibatkan kanser payudara, mengganggu kesuburan lelaki, dan juga mendatangkan reaksi alergi dan ruam.

7 Tips Pemilihan Lipstick – D'WangiShoppe
Sumber: D’wangishoppe

Adakah produk anda mengandungi bahan kimia di atas? Jangan biarkan kecantikan memakan diri!

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here