Etnik Jatti Miriek merupakan kaum minoriti di Sarawak yang berasal dari Miri. Ia juga merupakan etnik tertua di negara ini. 

Kaum Jatti Miriek antara masyarakat yang terawal menetap di sepanjang sungai Miri. Sebelum kedatangan Islam, etnik ini telah mengamalkan kepercayaan asli nenek moyang mereka. 

Kaum minoriti, pengasas bandar Miri.

Menurut legenda, kaum ini dahulunya terpaksa berpindah dari pedalaman sungai Miri ke pantai akibat daripada perang peluasan wilayah oleh kaum Kayan. Ianya telah disebut sebagai ‘Perang Kayau’.

Maka, akibat peperangan yang berlaku mereka sering ditindas dan terpaksa berpindah-randah dari Apo Kayan sehingga ke kawasan Baram. Selain itu, mereka turut membuka kawasan penempatan di sekitar Sungai Miri.

Sehingga kini, populasi etnik Miriek direkodkan mencecah seramai 10,000 orang dan kebanyakannya mereka menetap di utara Sarawak dan Brunei Darussalam.

komuniti etnik jatti miriek yang sedang memakai pakaian tradisional mereka
Sumber: Article Journal The Jatti Miriek Traditional Clothing. The International Journal Of Innovative Design, Creativity and Social Science.

Sosioekonomi kaum Jatti Miriek

Rata-rata dari kalangan etnik ini mengamalkan kegiatan ekonomi tradisional untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka seperti menanam padi di sekitar bahagian utara Sarawak, contohnya di Berawan. Manakala masyarakat yang menetap di Long Kapit pula giat menjalankan aktiviti menangkap ikan dan berburu.

sosioekonomi etnik jatti miriek mengamalkan kegiatan ekonomi tradisional iaiti bertani,
Sumber: Laman Web Berita Bojonegoro

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Mari Kenali Sejarah Asal Usul dan Sub-etnik Bidayuh di Sarawak

Bahasa Tertua di Malaysia

Etnik ini menggunakan dialek dari Baram yang dikenali sebagai Bahasa Tuttot Meirek. Menurut penyelidik, bahasa Miriek antara bahasa tertua yang dituturkan di dunia yang telah berusia sekitar 300 – 400 tahun dahulu. Ia juga antara bahasa etnik di dunia yang sedang berdepan dengan ancaman kepupusan mungkin disebabkan oleh proses asimilasi dalam masyarakat tempatan.

Justeru, bagi memelihara bahasa asli Etnik ini daripada pupus ditelan zaman, Persatuan Jatti Miriek telah mengambil inisiatif untuk membuat sebuah buku daftar kata bahasa Miriek yang berjudul ‘Bup Iddeh Itai’.

Pada 17 Februari 2021, Persatuan Jatti Miriek yang diketuai oleh Presiden-nya Datuk Abdillah Abdul Rahim telah membuat kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia. Dalam kunjungan itu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah menerima sebuah buku berjudul ‘Bup Iddeh Itai’ daripada persatuan tersebut.

persatuan etnik jatti miriek memberi buku daftar kata bahasa miriek yang berjudul 'Bup Iddeh Itai
Kredit: Pejabat Ketua Menteri Sarawak

Sarawak bertuah mempunyai etnik tertua di Malaysia.

Sumber:
Japeri, Nashila & Sahari, Faridah & Mohd Rafee, Yakup. (2019). The Jatti Miriek Traditional    Clothing. The International Journal Of Innovative Design, Creativity and Social Science        3(1), 2-4. https://www.researchgate.net/publication/338501878

Updated: 19 Mac 2021

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here