Tindakan merokok setelah bersukan mampu memberikan kesan yang buruk terhadap kesihatan terutamanya pada golongan atlet.

Pada masa kini, kita sering mendengar kematian yang mengejut akibat serangan jantung ketika sedang bersukan. Keadaan ini berlaku bukanlah disebabkan rutin sihat yang diamalkan namun tabiat merokok setelah bersukan mengakibatkan komplikasi ini berlaku.

Merokok dan bersukan adalah dua benda yang sangat bertentangan. Merokok membuat pembuluh darah jantung tersumbat manakala bersukan pula mampu meningkatkan kadar degupan jantung kita semakin kuat denyutan nya. Jadi, bayangkan bagaimana jika anda merokok setelah melakukan aktiviti sukan?

Grafik keadaan jantung tersumbat akibat merokok
Kredit: Laman web rasmi Harian Metro

 

Perokok juga lebih cenderung untuk mengalami sesak nafas berbanding dengan individu bukan perokok. Ini kerana otot-otot dan jantung seorang perokok menuntut lebih banyak oksigen dari paru-paru untuk mengepam darah apabila setelah bersukan.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Kenali Bahan Kimia Berbahaya Dalam Produk Kosmetik Anda!

1. Kesan – Jantung

Merokok boleh menyempitkan saluran darah dan secara tidak langsung menyekat serta mengurangkan kelancaran aliran darah dalam tubuh badan kita. Jadi, tindakan merokok setelah bersukan membuatkan jantung terpaksa bekerja keras untuk membekalkan oksigen terhadap seluruh badan.

Selain itu, merokok mampu meningkatkan risiko penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi, melemahkan saluran darah serta menyebabkan saluran darah tersumbat. Ia juga turut mengakibatkan 10–12% kematian di Malaysia. Salah satu penyakit yang turut dikaitkan juga dengan kesan merokok adalah Strok (Angin Ahmar)

Tanda-tanda penyakit jantung
Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia

2. Kesan – Otak

Merokok setelah bersukan akan meningkatkan jumlah karbon monoksida ke dalam aliran darah. Karbon monoksida ini memberi kesan yang serius terhadap fungsi otak, karena menganggu kinerja visual, mengacaukan keterampilan motorik, bahkan menghambat penalaran kognitif.

Jika mengamalkan tabiat ini setelah bersukan, anda mudah untuk diserangi sakit kepala dan kesan-kesan lain. Yang paling menakutkan adalah tindakan ini boleh menyebabkan lumpuh sebahagian anggota sehingga membawa maut.

Kesan merokok terhadap otak
Sumber: Google Image

3. Kesan – Paru-paru

Menghirup asap rokok menyebabkan saluran udara pada paru-paru menjadi sempit dan membuatkan anda sukar bernafas. Setelah bersukan, tubuh badan kita memerlukan oksigen sebanyak yang mungkin untuk menyejukkan tubuh badan. Maka, itulah sebabnya pernafasan anda menjadi lebih cepat dan degupan jantung meningkat.Dengan merokok, maka akan mengurangi jumlah oksigen di dalam darah,”  -Dr Kumara

Rokok melemahkan sistem immune dan menyebabkan perokok mudah mendapat jangkitan paru-paru. Jadi, jika anda merokok sejurus setelah bersukan akan menyebabkan masalah sukar bernafas.

Paru-paru orang merokok
Sumber: Harian Metro

Ayuh para atlet, hindari tabiat merokok, sayangilah diri anda!

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here