Menari aktiviti bermanfaat, bukan untuk suka-suka sahaja. Tidak terhad sebagai hobi semata-mata, ia turut membantu kita kekal sihat dan cergas.

Lumrah manusia sukakan keseronokan dan hiburan, antaranya tarian. Rancangan TV berasaskan tarian sebagai contohnya, So You Think You Can Dance dan World of Dance akan mewujudkan kegilaan menari pada setiap musim ia ditayangkan.

Selain itu, sejak TikTok mencipta fenomena di media sosial, ramai yang mula rancak menari, meniru video viral di aplikasi tersebut. Namun, selain mendatangkan keseronokan, ia juga bagus untuk kesihatan badan dan minda kita.

people dancing with emotion and strength
Sumber: Laman Web The Guardian

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Atlet Vs Rokok: Ketahui Kesan Merokok Setelah Bersukan

Menari suatu aktiviti yang seronok untuk dipelajari, maka, ianya digemari oleh kebanyakan gologan muda. Berbeza dengan senaman lain yang rata-ratanya memerlukan pergerakan yang lebih lasak atau lincah, menari hanya memerlukan kita menggerakkan anggota badan sambil diiringi alunan muzik! Justeru, ia sesuai untuk golongan yang kurang gemarkan senaman lasak seperti angkat berat, berlari dan sebagainya.

healthy lungs

Sumber: Laman Web Health Jade

1. Menjaga Jantung dan Paru-paru

Menari membantu menguatkan otot-otot yang terlibat dalam pernafasan, untuk mengalirkan udara masuk dan keluar dari paru-paru. Pada masa yang sama, kadar denyutan jantung akan meningkat, membantu jantung kita untuk mengepam darah dengan lebih cekap. Secara keseluruhan, ini mampu meningkatkan kesihatan kardiovaskular serta stamina.

partner dance
Sumber: Laman Web FitPro

2. Meningkatkan Daya Tahan Fizikal

Menari merupakan suatu senaman, jadi, secara semula jadi, ia turut menguatkan tulang, otot dan sendi kita. Apabila tulang, sendi dan otot kita sihat, justeru, kita akan lebih bertenaga dan kuat. Dalam jangka masa panjang, ini dapat mencegah penyakit-penyakit yang lebih serius seperti diabetes, tekanan darah tinggi, sakit jantung serta osteoporosis.

Boost Memory
Sumber: Laman Web Pursuit-University of Melbourne

3. Meningkatkan Daya Ingatan

Ketika bersenam, bahan kimia yang merangsang sel perkembangan otak akan ‘bekerja’, lebih-lebih lagi menari yang melibatkan macam-macam langkah dan urutan yang perlu diingati. Apabila menari, beberapa fungsi otak seperti kinestetik, rasional, muzik dan emosi ‘bekerja’ sekaligus. Ini bukan sahaja meningkatkan daya ingatan serta aktiviti saraf, malahan juga mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan demensia. Hal ini terbukti melalui kajian yang telah dijalankan oleh The New England Journal of Medicine.

Release Stress, Reduce Stress
Sumber: :Laman Web NC AHEC

4. Mengurangkan Tekanan

Semasa menari, fokus kita tertumpu pada muzik serta persekitaran. Hal ini bermaksud ketika menari, kita tidak dipengaruhi oleh perkara-perkara yang boleh mengganggu fikiran. Justeru, kadar penghasilan hormon kortisol oleh otak kita akan menurun, kemudiannya mengurangkan rasa stress serta tegang.

Lose weight, Kurus cara sihat
Sumber: Laman Web Daily Express

5. Membina Otot & Mengawal Berat Badan 

Pergerakan yang konsisten dalam tarian boleh membantu dalam muscle shaping dan body toning kerana otot bekerja lebih keras. Dalam jangka masa panjang, berat badan akan lebih terkawal.

6. Mengembangkan Social Circle & Meningkatkan Keyakinan Diri

Menari dapat meluaskan social circle kerana kita bakal berkenalan dengan orang baru  yang mempunyai minat yang sama dengan kita! Ini membantu meningkatkan keyakinan diri mereka yang pemalu, lebih-lebih lagi golongan intovert.

Tunggu apa lagi? Come, let’s dance!

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here